Coretan Bahasa

Ke Arah Kecemerlangan…

Cara-cara memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja

 0e1b12afeeef3c30b9377fa9818fbfb81

Itulah topik yang Cikgu rasa sesuai untuk ditanyakan kepada kamu semua. Memandangkan akhlak remaja hari ini semakin menjadi-jadi, seperti menggunakan kata-kata kesat dan memaki (termasuk bahasa yang digunakan dalam blog) atau berpekik-pekik di tempat-tempat awam, apakah yang boleh dilakukan agar mereka ini tahu menjaga akhlak mereka agar tidak dipandang rendah atau dianggap sebagai seseorang yang tidak bermoral di mata masyarakat.

Diharap dapat memberikan sekurang-kurangnya 3 cara yang paling berkesan berserta huraiannya.

About these ads

April 29, 2009 - Posted by | Pendapat Anda

24 Komen »

  1. Remaja-remaja zaman sekarang harus diajar dengan tegas dan guru harus sentiasa garang apabila murid-muridnya menggunakan bahasa kesat di kelas .
    Guru mereka tidak harus memberi kesempatan untuk mereka memaki hamun di dalam kelas ,dengan memberi hukuman jika mereka memaki.
    Mungkin dengan cara itu , murid-murid mereka akan berhenti dengan kebiasaan memaki mereka itu .

    Satu cara lagi ialah untuk mengajar dan pastikan yang murid-murid fahami yang mereka akan dipandang rendah di tempat-tempat awam dan di mata masyrakat jika mereka memaki . Mereka pun harus tahu bagaimana hendak menjaga nama keluarga dan maruah mereka di tempat-tempat awam ataupun di blog .

    Ibu bapa remaja pun harus mengambil tanggungjawab atas anak mereka . Mereka harus mengajar anak mereka apa yang patut dan harus marah dan membetulkan anaknya jika mereka telah buat salah . Mereka pun harus pastikan yang anak mereka tidak membuat kesilapan itu lagi .

    Cikgu A : Lina, usaha Cikgu sejauh ini macam belum menampakkan hasil. Hmmm…..
    Isi kamu itu betul tapi kurang huraian dan contoh.
    Markah : 11/20

    Komen oleh Lina irdina | Mei 4, 2009 | Balas

  2. Kebanyakan remaja zaman sekarang sering dilihat berkelakuan tidak bermoral baik di tempat-tempat awam dan baik di rumah.
    Dalam topik ini, memang banyak cara-cara untuk memupuk akhlak yang baik dalam didri remaja.
    Pertama adalah dengan pertolongan ibu-bapa.
    Ibu bapa haruslah berusaha untuk menjadikan anak lebih bermoral.
    Ibu dan bapa haruslah menegur anak jika kedengaran menggunakan bahasa-bahasa kesat. Jika masih tidak berkesan, ibu bapa haruslah mula memarahi dan memukul anak jika teguran tidak diendahkan. Dengan itu, anak akan sedar bahawa perbuatannya salah dan akan mempunyai musibah terhadap dirinya.
    Kedua, guru-guru di sekolah juga boleh memainkan peranan.
    Sebagia guru, mereka harus menjadi contoh yang baik bagi murid-murid. Adalah harus bagi mereka menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu yang sempurna. Selain itu, guru-guru boleh memainkan peranan sebagia guru dengan memarahu dan memberitahu tentang sebahagian murid-murid yang berperangai tidak bermoral kepada ibu bapa. Ini supaya ibu bapa dapat mendapat tahu tentang kelakuan dan kedudukan anak mereka di sekolah.
    Terakhir, masyarakat boleh memainkan peranan dengan menganjurkan kempen bertutur dengan baik dan bermoral.
    Ini dapat mempengaruhi remaja-remaja zaman kini untuk berkelakuan lebih bermoral dan baik tutur bahasa baik di rumah atau tempat awam.

    Komen oleh Syafiqah | Mei 4, 2009 | Balas

  3. Jika seseorang itu mahu memaki kerana dikacau atau dimarahi,dia patut menahan diri dan menggenggam sesuatu atau lupakan sahaja apa yang terjadi supaya tidak termaki.

    Jika seseorang itu mahu memekik untuk menghilangkan perasaan marah,benci atau tertekan,dia boleh memekik di tempat yang tiada orang atau tempat yang lapang seperti di laut yang tidak akan menjejas pendengaran orang yang lain.

    Pemerintah juga boleh membuat kempen yang dibuat untuk remaja-remaja terkini yang mengajar tentang adab dengan budi pekerti. Apabila remaja pergi ke kempen ini,mereka mungkin boleh menukar cara perbualan mereka dan boleh mengurangkan perkataan maki dalam perbualan mereka.

    Cikgu A: Rashid, cara yang kamu berikan diharap dapat diusahakan dan dibuat oleh rakan-rakan kita yang suka memaki-maki. Ini membuat Cikgu teringat tentang rakan Cikgu yang agak lucu kerana akan memaki-maki hanya selepas seseorang itu telah pergi dengan bercakap sendiri secara perlahan semata-mata kerana hendak menahan kemarahannya di hadapan orang atau kawan-kawan yang membuatnya marah dan meluahkannya sendiri. Dia seperti membaca jampi serapah…. :)
    Huraian awak kurang tapi cara yang diberikan agak menarik.
    Markah : 11/20

    Komen oleh Amirul Rasyid | Mei 4, 2009 | Balas

  4. Pada pendapat saya, remaja-remaja sekarang tidak mempunyai nilai-nilai murni dan budi pekerti yang baik. Remaja-remaja sekarang sudah lumrah bagi mereka menggunakan bahasa kesat dan maki-hamun kerana mereka telah dipengaruh oleh kawan-kawan mereka dan sudah terbiasa kerana selalu digunakan .

    Pertama, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya mereka tidak kurang ajar bersama orang yang lebih tua dari mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghukum anak-anak mereka supaya mereka menjadi anak yang baik dan berguna kapada masyarakat, negara dan dunia. Jikalau anak-anak mereka menggunakan bahasa kesat dan bersikap kurang ajar, tegur mereka dan hukum mereka jika mereka tidak mengendahkan nasihat ibubapa.

    Kedua,guru-guru di sekolah boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan mengajar murid-murid mereka tentang nilai moral melalui STAR lesson,CME dan lain-lain lagi. Pihak sekolah boleh menghukum murid -murid yang suka memaki-hamun dan bersikap kurang ajar bersama orang lain seperti menghantar mereka ke “detention” dan menyuruh mereka membersihkan sekolah sebagai hukuman.

    Pemerintah juga memainkan peranan seperti membataskan remaja-remaja menonton lelaman lucah seperti di http://www.youtube.com kerana ia akan merosakkan ahlak mereka.

    Cikgu A : Insyirah, betul juga kata kamu. Lelaman seperti itu ada keburukan tertentu jika disalahgunakan. Huraian bagi cara yang ketiga agak kurang dan apa pendapat kamu atau kesimpulan kamu setelah memberikan 3 cara ini?
    Markah : 14/20

    Komen oleh Nur Insyirah Bte Muliyatno | Mei 4, 2009 | Balas

  5. Memang betul bahawa remaja-remaja hari ini semakin menjadi-jadi, menggunakan kata-kata kesat dan memaki (termasuk bahasa yang digunakan dalam blog) dan berpekik-pekik di tempat-tempat awam. Saya berpendapat bahawa remaja-remaja ini banyak dipengaruh oleh orang-orang barat. Mereka menonton cerita orang barat yang adanya yang tidak senonoh dan cara mereka berbual mengpengaruh cara-cara anak orang melayu kita. Pengaruh ini sungguh kuat dan jika seseorang remaja itu mula bercakap dengan bahasa yang tidak sopan, ia agak susah bagi seseorang itu untuk berhenti bagai tabiat merokok.

    Satu cara untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja ialah kepercayaan kita yang kuat kepada agama kita iaitu Islam. Islam mengajar kita untuk menjadi seorang umat yang banyak bersabar dan banyak membuat kebaikan.

    Lagi satu cara ialah pihak berkuasa atau tubuh-tubuh seperti MUIS dan MOE boleh bergabung untuk melancarkan satu kempen berkenaan dengan masalah-masalah yang ada pada remaja hari ini. Contohnya, mereka boleh melancarkan kempen `Berbual dengan bahasa yang betul` dan sebagainya.

    Kepercayaan pada diri sendiri untuk memberhenti berbual yang tidak sopan adalah cara yang terbaik untuk memupuk akhlak dalam diri seseorang.

    Cikgu A : Shafie, saya suka cara yang awak fikirkan itu. Agak berlainan daripada teman-teman kamu. Jika semua remaja Melayu Islam kita sedar bahawa agama kita melarang kita berbuat begitu, alangkah indahnya dunia ini. Dan budaya kuning yang kamu sebutkan juga salah satu puncanya. Orang Melayu kita hanya ikut-ikut sahaja kerana menganggap apa yang mereka buat itu ‘cool’ dan sungguh bergaya apabila berbahasa begitu. Tetapi huraian agak kurang bagi yang terakhir.
    Markah : 12/20

    Komen oleh Ahmad Shafie | Mei 4, 2009 | Balas

  6. Penggunaan bahasa kesat sudah menjadi trend di antara kalangan remaja-remaja zaman sekarang.Setiap kata-kata bahasa kesat yang dilafazkan dan didengari oleh orang-orang yang tidak dikenali akan memberikan mereka tanggapan pertama yang buruk mengenai diri kita.Dengan itu, kita haruslah jauhkan diri daripada melafazkan kata-kata yang kesat.

    Salah satu cara yang guru-guru boleh gunakan adalah dengan mengenakan denda kepada murid-murid yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika di dalam kelas. Biasanya,murid-murid selalu menggunakan kata-kata kesat di sekolah kerana mereka berada di sekeliling teman-teman mereka yang juga menggunakan kata kesat.Dengan menenda mereka seperti memberi mereka ‘detention’atau menyuruh mereka membayar 10 atau 20 sen dengan motif untuk mengingatkan mereka tentang kesalahan mereka yang bukan sahaja salah kerana bersikap biadab tetapi juga salah di sisi agama.

    Lagi satu cara ialah dengan pemerintah atau MOE membuat bengkel untuk tidak menggalakkan bahasa kesat digunakan. Mungkin,bengkel itu tidak akan memberi manfaat yang sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak mengubahkan pendirian mereka terhadap melafazkan kata-kata kesat dan juga memberikan mereka masa untuk fikir dua kali sebelum melafazkan kata-kata kesat.

    Cara yang terakhir adalah melalui rancangan-rancangan di televisyen. Ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk kawal setiap baasa yang dilafazkan. Media hiburan adalah alternatif yang bagus untuk digunakan.

    Akhir sekali,saya harap bahawa remaja-remaja zaman sekarang tidak akan selalu lafazkan kata-kata kesat.

    Cikgu A : Cikgu juga berharap begitu. Sungguh bernas pendapat yang kamu berikan. Cikgu rasa mendenda pelajar dengan menyuruh mereka membayar 10 sen itu cadangan yang baik. Insya Allah Cikgu akan cuba cara ini. Syabas juga isi dan huraian sangat baik :)
    Markah : 17/20

    Komen oleh Nur Amirah Ja'far | Mei 4, 2009 | Balas

  7. Sememangnya, pada zaman ini, terdapat ramai remaja sekarang yang gemar menggunakan bahasa kesat dengan memaki hamun. Mereka juga tidak takut kepada cikgu sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan bahasa kesat di depan cikgu. Oleh itu,pada pendapat saya cikgu-cikgu, seharusnya menjadi tegas dan haruslah memberikan hukuman sekiranya ada yang memaki hamun di kelas.

    Selain itu, cikgu juga boleh menelefon ibu bapa pelajar tersebut sekiranya dia masih berdegil dan bersambung untuk memaki walaupun telah ditegur oleh cikgu beberapa kali.Dengan itu, ibu bapa akan mengajar anaknya untuk tidak mengeluarkan bahasa-bahasa kesat.

    Saya juga mencadangkan bahawa pelajar-pelajar tersebut haruslah diajar oleh cikgu bahawa memaki hamun itu sememangnya tidak bagus sehinggakan ia boleh dipandang rendah oleh masyarakat.Dan ia juga adalah perbuatan yang berdosa.Oleh kerana itu, saya berharap dengan cadangan-cadangan yang saya berikan itu,berkesan dan semoga pelajar-pelajar tidak akan memaki hamun lagi.Insyaallah.

    Cikgu A : Cara-cara yang kamu fikirkan membuat Cikgu tidak berputus asa dan bersemangat hendak mendenda rakan-rakan kita yang suka berbahasa kesat di kelas. Maklumlah ini juga untuk kebaikan mereka. Insya Allah, hal ini akan juga disampaikan kepada guru kelas mereka untuk memberitahu ibu bapa mereka ketika sesi PTC minggu depan. :)
    Markah : 15/20

    Komen oleh mardiah | Mei 4, 2009 | Balas

  8. Remaja-remaja harus lebih sopan, supaya tidak dianggap sebagai sampah di mata masyarakat .

    Ibu bapa harus merunding dengan anak-anak sebelum mereka membesar tentang menggunakan bahasa-bahasa kesat dalam pembicaraan . Ibu bapa juga boleh memasukkan anak ke dalam kempen-kempen dalam hal memaki-maki . Bukan itu sahaja ibu bapa juga harus menegaskan kepada anak-anak yang menggunakan bahasa-bahasa kesat , memaki itu berdosa dalam agama kita .

    Selain itu , guru-guru di sekolah pula harus memainkan peranan dalam hal ini . Guru-guru boleh mengenakan denda jikalau remaja-remaja di sekolah telah meggunakan bahasa-bahasa kesat . Dengan hukuman , denda-denda itu , remaja-remaja akan membuang tabiat-tabiat memaki dengan perlahan-lahan .

    Dan yang terakhir ialah orang ramai boleh menegur remaja-remaja yang sedang berada di luar jika mereka terpekik-pekik , memaki-maki . Itu juga berkesan kerana remaja akan berasa malu dan mesti tidak ingin ditegur oleh orang ramai lebih-lebih lagi tentang adab mereka . Pemerintah juga boleh meletakkan poster-poster tentang tertib dalam perbualan .

    Bukan itu sahaja , terdapat banyak lagi cara-cara untuk mengahapuskan perbualan kesat dan memaki hamun. Saya mengaharap bahawa cara-cara yang telah diketengahkan dapat mengubahkan terta tertib remaja, lebih-lebih lagi dalam cara perbualan .

    Cikgu A : Humaira, Cikgu rasa ibu bapa harus berbincang dan bukan berunding. Dan tidak boleh memasukkan mereka dalam kempen tetapi mengadakan kempen untuk mereka sedar tentang kesan bahasa kesat ke atas diri mereka sendiri. Teliti juga bahasa kamu.
    Markah : 13/20.

    Komen oleh Humaira Binte Mohd Noor | Mei 4, 2009 | Balas

  9. Cara yang pertama adalah jika seorang murid itu menggunakan kata-kata kesat di dalam kelas, cikgunya boleh berbual dengannya dengan secara peribadi selepas sekolah. Cikgunya harus berbincang dengan anak muridnya itu dengan sebaik-baiknya.

    Cara yang kedua adalah jika seseorang murid itu degil akan nasihat yang telah diberi oleh guru itu, dia harus dihantar kepada guru disiplin.

    Cara yang ketiga adalah, ibu bapa harus mengelakkan anak-anak mereka dari menonton cerita-cerita ganas kerana kebanyakan dari cerita-cerita ganas menggunakan kata-kata kesat.

    Cikgu A: Cara-cara yang kamu berikan agak baik. Tetapi kurang huraian dan contoh.
    Markah : 9/20

    Komen oleh Khairul Anwar | Mei 4, 2009 | Balas

  10. Dengan remaja menggunakan bahasa kesat kini,imej orang-orang melayu akan tercemar. Bangsa-bangsa lain akan memandang rendah akan orang-orang melayu. Mungkin, masalah ini berpunca dari perbualan antara kawan-kawan sekeliling. Ada juga yang menggunakan kata-kata kesat akibat dipengaruh oleh rancangan-rancangan televisyen,seperti rancangan Anak Metropolitan,The Osbournes,American Pie dan sebagainya. Pemerintah boleh mengurangkan penggunaan kata-kata kesat antara remaja jika mereka menapis kata-kata kesat.

    Kadangkala, penggunaan kata-kata kesat telah pun menjadi sebahagian dari kehidupan mereka. Ia sudah menjadi sebuah tabiat dalam hidup harian mereka. Oleh itu,ia agak sukar untuk berhenti menggunakan bahasa kesat. Ia perlukan banyak kersabaran. Remaja boleh menolong antara satu sama lain supaya kita boleh membuat Singapura sebuah negara yang tidak menyokong penggunaan bahasa kesat.

    Guru-guru di sekolah juga menguatkuasakan peraturan penggunaan bahasa kesat dengan mendenda mereka jika mereka menggunakan bahasa kesat. Ibu bapa boleh memarahi mereka jika mereka menggunakan bahasa yang kasar.

    Kesimpulannya,saya rasa bahawa penggunaan bahasa kasar ada banyak akibatnya. Sebaiknya, kita berhenti menggunakannya,sebelum kami dimarah atau dipukul oleh ahli samseng di luar.
    :)

    Cikgu A : Ya, saya bersetuju dengan pendapat kamu Hakim. Jadi jangan marah atau rasa bingit ya kalau Cikgu mendenda kamu akibat penggunaan bahasa kesat di kelas kita. Ini semua dilakukan demi kebaikan anak murid tersayang supaya tidak menjadikannya sebagai satu tabiat. :)
    Markah : 15/20

    Komen oleh Amirul Hakim | Mei 4, 2009 | Balas

  11. Sesuai dengan peredaran zaman, akhlak remaja hari ini semakin menjadi-jadi, seperti menggunakan kata-kata kesat dan memaki atau berpekik-pekik di tempat-tempat awam. Ada beberapa cara menurut pendapat saya yang boleh dilakukan agar mereka tahu menjaga akhlak mereka agar tidak dipandang rendah dan tidak bermoral di mata masyarakat.

    Cara pertama ialah pendidikan moral dari orang tua atau guru. Sebagai orang tua atau guru, sudah sepatutnya mendidik mereka cara bermoral di semua tempat awam seperti membiasakan remaja untuk tidak memakai kata-kata kesat dalam kehidupan sehari-hari.

    orang tua atau guru harus bertindak tegas terhadap anak atau muridnya seperti ketika di rumah atau di sekolah anak memakai kata kesat, sudah sepatutnya orang tua atau guru memberikan hukuman atau nasihat terhadap mereka.

    cara ketiga ialah memberikan perhatian lebih dan membantu para remaja yang memiliki masalah. cara ini dapat dilakukan dengan berbicara secara peribadi terhadap remaja tersebut serta memberikan jalan penyelesaian yang dapat membantu menyelesaikan masalah itu.

    Cikgu A : Vonica, kamu kata sesuai dengan peredaran zaman? Zaman berubah tetapi tidak hal ini tidak seharusnya berlaku. Cikgu telah cuba untuk membaiki serta menegur akhlak remaja-remaja terutama pelajar Cikgu sendiri. Tetapi kadangkala Cikgu rasa teguran itu seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Entahlah kalau ada yang rasa Cikgu ini tidak perlu lagi menegur kerana harus menerima hakikat bahawa memang ini sudah lumrah dan kebiasaan remaja.
    Markah : 14/20

    Komen oleh Vonica Natalia | Mei 4, 2009 | Balas

  12. Pada pendapat saya , terdapat banyak cara-cara untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja. Cara-caranya adalah untuk guru-guru dan ibu-bapa menegur remaja-remaja yang akhlaknya buruk , menasihati mereka agar sentiasa solat dan ingat kepada Tuhan dan mereka(guru-guru dan ibu-bapa) juga harus menjadi contoh kepada remaja-remaja.

    Pertama sekali , guru-guru dan ibu-bapa harus menegur remaja yang sering bermaki-maki , berkelakuan tidak sopan dan apa-apa yang memburukkan akhlaknya. Ibu-bapa harus segera menasihati dan membetulkan kelakuan remaja tersebut supaya remaja itu dapat mempelajari kesilapannya dan tidak akan mengulangi kelakuannya lagi.

    Tamabahan lagi , ibu-bapa harus menjadi contoh yang baik terhadap remaja-remaja. Jika ibubapa tidak memberi contoh yang baik terhadap remaja itu seperti sering bermaki-maki, tidak bersolat dan membuat benda-benda yang tidak sopan , remaja itu akan mengikut tingkah laku mereka lalu mengakibatkan akhlaknya rosak . Justeru, ibu bapa haruslah sering memberi contoh yang baik terhadap remaja-remaja supaya remaja itu boleh mengikuti tingkah laku mereka dan semoga ia dapat memupuk akhlak yang baik dalam diri mereka .

    Cikgu A: Huzzair, Cikgu juga rasa bahawa amat penting untuk guru-guru dan ibu bapa memberikan contoh yang baik kepada anak atau murid mereka. Dan agama juga boleh membuat seseorang itu sedar pentingnya menghormati antara satu sama lain dan bergurau dengan batasan. Teliti ejaan bagi ‘ibu bapa’ dan isi yang kamu berikan tidak tersusun dan hanyalah 2. Ini tidak cukup kerana Cikgu minta 3 cara.
    Markah : 11/20

    Komen oleh Muhd.Huzzair | Mei 4, 2009 | Balas

  13. Satu cara untuk memupuk akhlak yang baik kepada remaja ialah untuk membuat acara dalam sekolah mereka dan mengajar mereka bagaimana untuk mengawal kelakuan mereka dan menggalakkan mereka untuk lebih berbudi bahasa. Ia akan mecemar nama baik ibu bapa mereka kerana itu menunjukkan bahawa ibu bapa tidak tahu mendidik anak-anak mereka.

    Cara lagi satu ialah untuk mengadakan kempen berbudi bahasa yang memberikan lebih tumpuan kepada remaja. Dengan cara ini pemerintah juga boleh menolong mengawal keadaan tersebut.

    Cikgu Ayesha : Hassan, saya setuju juga dengan pendapat awak bahawa pihak sekolah boleh mengadakan kempen tersebut untuk menekankan kepentingan berbudi bahasa. Tapi isi yang kamu berikan tidak cukup. Huraian juga kurang.
    Markah : 7/20

    Komen oleh Hassanul | Mei 4, 2009 | Balas

  14. Saya berasa bahawa kita harus memupuk akhlak yang baik dalam remaja. Ini adalah kerana akhlak remaja kini semakin hari semakin tidak sesuai. Remaja tidak segan menggunakan kata-kata kesat dan juga memaki hamun. Contohnya lagi remaja juga berpekik-pekik di tempat awam dan memaki hamun di blog yang membuat orang tersinggung. Kita harus menyedarkan remaja-remaja ini bahawa perbuatan mereka ini salah dan harus memupuk ahklak yang baik di dalam diri mereka.

    Sebagai seorang guru, mereka boleh mengajar remaja-remaja ini tentang pendidikan moral. Iaitu untuk mengajar remaja tentang ahklak-ahklak yang baik. Contohnya, remaja-remaja ini mugkin akan mempelajari sesuatu dan mengubah cara hidup mereka untuk berakhlak mulia.

    Sebagai ibu bapa, mungkin mereka sudah tidak terdaya untuk memarahi dan memukul remaja tersebut. Contohnya ibu bapa boleh menghantar remaja-remaja ini ke kursus atau kelas-kelas agama atau pun kelas-kelas motivasi yang mengajar anak-anak ini tentang ahklak-ahklak yang baik.

    Selain itu, remaja-remaja boleh mengikuti kaunseling di sekolah yang disediakan oleh sekolah. Kaunselor boleh menasihati remaja-remaja ini untuk mengubah sikap mereka. Contohnya berbudi bahasa ketika bertutur dengan ibu bapa dan juga rakan-rakan.

    Akhir kata , saya berharap pendapat saya ini amat berguna kepada masyarakat dan akan diterima remaja-remaja di luar sana.

    Cikgu Ayesha : Qadri, cadangan awak itu baik. Tetapi contoh yang awak berikan itu tidak sesuai dengan isi utama yang hendak awak sampaikan. Cikgu rasa contoh itu sebenarnya huraian awak. Walau bagaimanapun, Cikgu bersependapat dengan awak bahawa remaja sekarang menggunakan bahasa kesat tanpa segan silu. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah menconteng arang ke muka ibu bapa mereka.
    Markah : 10/20.

    Komen oleh Qadri B Kamal | Mei 4, 2009 | Balas

  15. Pada pendapat saya, mereka boleh pergi kursus yang boleh mengurangkan bahasa kesatnya. Ini juga boleh membuat mereka menggunakan bahasa yang lain yang tidak kesat. Dengan menyertai kursus, mereka boleh memperbaiki ahklak mereka. Mereka akan diajar cara-cara memperbaiki ahlak-ahklaknya. Apabila diperbaiki, orang tidak akan memandang rendah kepada mereka.

    Selain daripada menyertai kursus, cikgu boleh mengajar nilai-nilai moral di sekolah. Pelajar-pelajar dapat belajar bahawa mereka tidak seharusnya menggunakan bahasa yang kesat atau memaki. kalau digunakan, mereka haruslah dihukum. Dengan ini mereka akan mengurangkan bahasa kesat mereka.

    Lagi satu ialah remaja-remaja tidak seharusnya menonton filem-filem yang menggunakan bahasa kesat. Apabila mereka menonton, mereka akan terikut dan akan menggunakan bahasa itu dalam kehidupan seharian. Contoh-contoh filem ialah ‘slumdog milionaire’.

    Cikgu Ayesha : Nora, bagus juga isi yang kamu berikan, termasuk contoh sekali. Kadang-kadang Cikgu terfikir juga. Pelajar Melayu kita ada pendidikan agama di madrasah. Ada pendidikan moral juga yang diajar sejak di sekolah rendah tetapi mereka tetap menggunakan bahasa kesat. Bahasa kesat sudah menjadi bahasa harian yang dianggap tidak salah untuk menggunakannya. Hmmmm….!
    Markah : 14/20

    Komen oleh Nora Faradilla | Mei 4, 2009 | Balas

  16. Pada pendapat saya, remaja zaman sekarang memang tidak bersopan-santun langsung. Untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri mereka, saya ada beberapa saranan.

    Yang pertama ialah remaja-remaja boleh menyertai kursus-kursus yang disediakan oleh pemerintah. Ini kerana apabila mereka menyertai kursus itu, mereka dapat mempelajari cara-cara untuk menggunakan perkataan yang berbudi bahasa semasa berbual, beradab, berperangai sopan apabila berada di luar dan macam-macam lagi. Dengan kursus ini, mereka sedikit sebanyak dapat tahu tentang cara-cara untuk berperangai baik.

    Cara yang kedua ialah ibu bapa harus mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka sewaktu mereka kecil lagi. Jika ibu bapa dapat mendidik mereka dengan betul dan dengan penuh disiplin, remeja-remaja pasti tidak akan berkelakuan sperti ini. Contoh cara-cara untuk mendidik remaja ialah jangan memberikan mereka terlalu banyak kebebasan, memantau kelakuan mereka semasa di sekolah dan di luar dan juga memastikan bahasa yang mereka gunakan tidak kesat. Jika mereka tetap berdegil dan tidak mendengar kata, ibu bapa boleh memarahi atau memukul mereka.

    Cara yang ketiga pula ialah supaya pihak media dapat memaparkan drama-drama yang tidak mengandungi bahasa kesat. Ini kerana, kebanyakan remaja pada zaman ini mempelajari bahasa-bahasa kesat daripada televisyen. Contoh-contoh drama ialih Anak Metropolitan, Slumdog Millionaire dan macam-macam lagi.

    Dengan itu, saya ingin menutup perbincangan ini. Saya harap, pihak-pihak tertentu dapat melakukan sesuatu untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja sekarang.

    Cikgu Ayesha : Nurbayah, cara-cara yang kamu berikan sangat baik sekali. Masalahnya kadang kala ibu bapa tidak tahu anak mereka berbahasa sebegitu rupa kerana di rumah mereka menggunakan bahasa yang lebih sopan. Hanya ketika mereka bersama rakan-rakan sahaja mereka begitu. Sekarang ini, ramai yang lebih berani menggunakannya di dalam kelas di hadapan guru mereka atau kepada guru mereka!
    Markah : 17/20

    Komen oleh siti nurbayah bte hamdan | Mei 4, 2009 | Balas

  17. Remaja hari ini harus mengurangkan pengguanaan bahasa kesat. Pada pendapat saya, satu cara untuk mengurangkan memaki hamun atau berpekik-pekik di tempat awam adalah dengan memperingatkan mereka bahawa dengan bersikap sebegitu, mereka menonjolkan sikap yang tidak berdisiplin atau mereka tidak diajar untuk bersopan santun dan menghormati satu sama lain. Ini menunjukkan sikap negatif kepada remaja itu.

    Jika mereka masih berkelakuan sebegitu juga, mereka harus ditegur dan disedarkan bahawa setiap perkataan maki yang disebutkan itu boleh membuat perasaan seseorang itu tersinggung. Mereka harus bersikap lebih kemanusiaan dengan menjaga perasaan seseorang itu. Jangan bersikap mementingkan diri sendiri. Beri masa kepada mereka untuk membuat refleksi pada diri sendiri tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk memperbetulkan diri mereka.

    Selain dari itu, pemerintah boleh bertindak lebih tegas dalam mempamerkan filem-filem yang mengandungi sikap tidak bermoral. Seseorang remaja itu boleh terikut-ikut dengan cara perbualan atau sikap biadab pelakon itu. Ibu bapa juga boleh mengawasi anak-anak remaja mereka jika mereka menonton wayang yang tidak bermoral. Dengan ini, penggunaan maki dan sikap tidak bermoral boleh diatasi.

    Guru-guru boleh menelefon ibu bapa remaja yang bersikap sebegitu supaya ibu bapa boleh mendisiplinkan anak mereka di rumah. Jika remaja itu masih berkelakuan sebegitu, mereka boleh ditahan di sekolah beberapa jam(detention).

    Saya harap kelakuan remaja bersikap sebegini berkurangan dan membanggakan masyarakat melayu pada masa hadapan.

    Cikgu Ayesha : Yalah Syafiqah, bahasa menunjukkan bangsa. Saya suka dengan cadangan awak tentang filem yang ditunjukkan di pawagam atau di televisyen. Itu sebenarnya mempengaruhi akhlak remaja kita secara tidak langsung, tanpa disedari.
    Markah : 17/20

    Komen oleh Nur Syafiqa Ja'afar | Mei 4, 2009 | Balas

  18. Saya setuju dengan komen-komen yang diberikan oleh cikgu.
    Remaja-remaja sekarang tidak mempedulikan sifat sopan-satun dan beradab dan sering dianggap sebagai seseorang yang tidak bermoral di mata masyarakat. Mereka juga tidak mempedulikan apa yang orang-orang luar akan berkata tentang mereka. Inilah yang agak menyegutkan dan merisaukan bagi ibu bapa kerana anak-anak mereka akan bertambah liar jika tiada cara-cara yang dilakukan untuk mengawal mereka.

    Pada pendapat saya, remaja-remaja seperti ini harus dinasihatkan oleh orang-orang yang disayangi mereka. Terutama sekali, ibu bapa mereka. Jika tiada perbezaan kepada perangai mereka, ibu bapa harus membawa anak-anak mereka ke penasihat.

    Cikgu Ayesha : Amirul, kamu hanya berikan 1 cara sahaja. Penasihat itu siapa? Kurang jelaslah.
    Markah : 6/20

    Komen oleh Amirul Shazzani | Mei 4, 2009 | Balas

  19. Saya setuju dengan komen cikgu itu. Remaja-remaja kaum kita sekarang semakin liar. Mereka tidak tahu mengawal diri mereka. Remaja-remaja kini melakukan perkara seperti memaki hamun, menghisap rokok, dan terpekik- pekik. Ini akan mencemarkan imej kaum melayu pada pandangan kaum lain. Malah orang yang sekaum dengan kita juga akan memandang rendah kepada remaja itu. Mereka akan memikirkan bahawa ibu bapa remaja-remaja ini tidak mengajar mereka.

    Untuk mengawal remja-remaja ini daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, ramai pihak harus melakukan sesuatu. Misalnya ibu bapa. Mereka harus mendidik anak-anak mereka dengan betul supaya anak itu tidak akan menconteng arang ke muka mereka. Ibu bapa boleh menasihati dan mendisiplinkan anak-anak. Mereka hanya harus menggunakan kekerasan jika anak itu betul-betul degil.

    Pemerintah juga boleh melakukan seuatu. Dengan menggunakan kuasa polis, mereka boleh memastikan remaja tidak melanggar peraturan. Polis boleh meronda pada masa tertentu jadi mereka takut untuk melakukan apa-apa perkara yang tidak berfaedah lagi.

    Masyarakat juga boleh melakukan sesuatu. Jika mereka ternampak remaja-remaja membuat bising di kolong blok, mereka sepatutnya menasihati mereka dengan baik. Jika masyarat pilih untuk memarahi remaja-remaja itu, selalunya mereka akan memberontak dan mengamuk. Jadi, sebaiknya, mereka menasihati dengan cara yang baik.

    Kesimpulannya, cara-cara yang saya katakan di atas amat berguna jika semua orang bekerjasama. Saya harap remaja-remaja juga boleh menyenangkan diri orang lain dengan tidak melakukukan perkara bodoh.

    Cikgu Ayesha : Pihak polis boleh menolong dengan masalah ini? Saya rasa hal ini tidak melanggar undang-undang. Jadi Cikgu rasa isi yang awak ketengahkan itu tidak sesuai. Markah : 12/20

    Komen oleh Khairulanwar | Mei 4, 2009 | Balas

  20. Ya,memang benar yang remaja kini menggunakan perkataan-perkataan yang tidak beralas dan juga cacian maki kepada kawan-kawannya.Ia juga benar bahawa remaja-remaja telah memekik-mekik di khalayak ramai dan tempat-tempat awam dan ini menunjukkan seorang itu tidak berakhlak.Sifat-sifat ini sungguh negatif dan tidak diterima.Kita sebagai umat islam harus sepatutnya ada sifat malu kerana ini membezakan antara manusia dan haiwan.Ini juga aka dtunjuk kepada orang-orang yang tidak dikenali dan menunjukkan imej yang positif terhadap diri kita sebagai remaja.Sebagai contoh,seorang remaja yang berakhlak akan dipandang tinggi terhadap orang-orang awam dan akan dihormat kerana menggunakan perkataan yang beralas dan tidak memekik-mekik.
    Jumlah perhubungan seks di khalayak remaja-remaja melayu telah naik antara tahun 2008 dan 2009.Ini menunjukkan sifat malu,yang juga tergolong kepada akhlak yang baik,menghilang daripada remaja-remaja melayu.Kehilangan sifat malu ini telah hilang dan menyebabkan mereka bersama pangkat dengan haiwan.Untuk menambah dari ini,contoh yang menunjukkan bahawa kenaikkan remaja yang hilang sifat malu ialah perakaman video lucah yang direkod daripada telefon bimbit.Sudahkah telah membawa malu kepada masyarakat melayu dan islam,mereka merakamkan lagi perbuatan maksiat mereka.Orang-orang berbangsa lain yang melihat perbuatan maksiat itu,mereka akan pandang rendah kepada masyarakat kita.Ini akan membuat orang berbangsa lain pandang hina dari khalayak melayu walaupun seseorang remaja melayu itu berakhlak.Imej masyarakat melayu telah turun menurun kerana perbuatan seperti haiwan ini telah dilihat.
    Yang terakhir yang saya mahu titikberatkan tentang remaja-remaja kini yang kurang berakhlak ialah pengaruhan dari rancangan televisyen.Remaja-remaja yang sedang menghadapi proses kematangan telah dipengaruhi oleh cerita-cerita ganas seperti cerita ‘killbill’,yang menunjukkan pancutan darah oleh potongan pisau samurai,dan juga penuhan maki.Ini akan membuat remaja-remaja dipengaruhi akan berasa kebunuhan itu tidak apa-apa dan ini akan merosakkan minda otak mereka,menyebabkan akhlak mereka hilang.Di tempat awam mereka akan berasa semua orang sama,dan pada pendapat mereka,tidak penting berbual berbudi bahasa kepada orang awam.Perbuatan-perbutatan tersebut ialah pandangan saya terhadap bagaimana akhlak remaja rosak.
    Cikgu Badariah : Kamu telah menjelaskan dengan teliti contoh-contoh akhlak yang tidak baik dan sebab-sebab berlakunya perkara demikian tetapi kamu tidak memberi cara-cara memupuk akhlak baik dalam diri remaja. Susunan ayat kamu perlu dibaiki. Walaubagaimanapun, syabas kerana kamu pelajar pertama dari kelas cikgu yang mengusahakan untuk menjawab di blog ini. Teruskan semangat kamu ini. Insyallah, ganjarannya akan berbaloi.

    Cikgu A : Shiril, pendapat yang kamu berikan penuh dengan emosi. Teringat Cikgu kepada kejadian kelas Band 1 yang telah merakam satu adegan merogol dan merakamnya di dalam telefon bimbit mereka ketika Cikgu tidak hadir ke sekolah. Rakan-rakan yang lain hanya menggeleng kepala dan tidak ada yang menegur langsung. Sungguh mengecewakan dan tidak dapat diterima walaupun mereka katakan hal itu hanyalah gurauan dan melucukan mereka. :(

    Komen oleh Shiril Ashidiq Bin Mohamed Noor | Mei 4, 2009 | Balas

  21. Memang benar dan tidak boleh dinafikan bahawa semakin ramai remaja-remaja kelihatan tidak sopan tutur bahasa. Lebih-lebih lagi di tempat-tempat awam apabila bersama teman-teman.Namun, tidak boleh dinafikan bahawa kita sendiri terlanjur kata-kata dan kadang-kala berbual mengikut sedap hati. Dengan itu, saya ingin membentangkan cara-cara memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja.

    Cara pertama adalah dengan pertolongan ibu-bapa.
    Ibu-bapa harus mengawal perbuatan anak supaya tidak berkelakuan atau berbahasa kesat.
    Sebagai ibu-bapa, adalah tanggungjawab untuk mengajar anak yang baik dan yang buruk. Peranan yang harus dimainkan adalah menegur remaja jika mendengar mereka berbahasa kesat.
    Jika masih tidak berhasil, adalah harus untuk ibu-bapa mendenda dan memukul mereka. Ini dapat menyedarkan diri mereka bahawa perbuatan mereka itu salah dan akan menyebabkan kemarahan ibu-bapa dan langsung membuat mereka berfikir dua kali sebelum berbuat demikian. Selain itu, ibu-bapa harus mengelakkan diri dari menggunakan bahasa kesat di hadapan anak. Didiklah anak kerana jika remaja tidak bermoral, ibu-bapa akan dipersalahkan.

    Cara kedua adalah dengan pertolongan dari sekolah.
    Sebagai guru, mereka harus menunjukkan contoh yang baik terhadap murid-murid remaja. Mereka harus memastikan bahawa pelajar remaja tidak berbahasa kesat semasa kelas ataupun sesudah dan marahi mereka jika hal ini berlaku.
    Ibu-bapa juga harus diberitahu tentang kelakuan anak mereka. Jika kelakuan berbahasa kesat tidak diendahkan, ia akan menjatuhkan nama baik sekolah.

    Cara terakhir adalah dengan pertolongan MOE untuk menubuhkan kempen untuk memberangsangkan penggunaan bahasa yang sopan dan kepentingan menunjukkan kelakuan yang bermoral.

    Akhirnya, saya berharap cadangan yang dibentangkan dapat sedikit sebanyak menolong. Saya berharap juga remaja-remaja zaman kini dapat mengurangkan penggunaan bahasa kesat.

    Cikgu Ayesha: Syafiqah, sungguh bernas dan baik sekali isi dan huraian yang awak telah berikan. Markah : 17/20.

    Komen oleh Nur Syafiqah | Mei 10, 2009 | Balas

  22. Remaja-remaja kini memang tidak berfikir lagi sebelum mereka berbual atau bergurau dengan rakan-rakan mereka. Mereka akan menggunakan bahasa-bahasa yang kesat di tempat-tempat awam .

    Ibu-bapa bolehlah menyuruh anak-anak mereka untuk menghadiri program-program tentang budi bahasa. Dengan ini, mereka akan mendapat tahu kesan-kesan yang buruk dan orang yang di sekililingnya akan melihatnya sebagai anak yang tidak beradab langsung.

    Guru-guru dan ibu-bapa boleh menasihati remaja mereka yang mereka boleh bergurau bersama kawan-kawan mereka tetapi jangan berguran keterlaluan sehingga menggunakan bahasa kesat. Ini kerana, orang sekililingnya akan melihat tingkah-laku yang tidak berbudi bahasa dan juga akan memalukan diri sendiri.

    Rakyat-rakyat Singapura juga boleh menolong untuk menjaga akhlak remaja-remaja kita dengan menegur perbuatan remaja yang tidak sesuai jika di tempat awam. Dengan cara itu, remaja akan berasa malu apabila ditegur oleh orang luar yang tidak dikenali tentang kelakuan berbahasa kesat.

    Saya berharap remaja zaman ini bolehlah mengurangkan penggunaan bahasa kesat dan perbuatan yang tidak baik.

    Cikgu Ayesha : Nadiah, Cikgu pun berharap begitu. Markah : 13/20

    Komen oleh Siti Nadiah Bte Norman | Mei 10, 2009 | Balas

  23. Ramai remaja kini menganggap bahasa kesat sebagai trend masa kini. Mereka sering memaki-hamun kepada rakan-rakan mereka. Ada segelintir juga yang memaki ibubapa mereka, memaki di tempat awam. Mereka rasa perbuatan mereka ini tidak salah. Setiap kali kita menggunakan bahasa kesat ini, kita boleh membuat seseorang itu marah dan kecil hati. Dengan itu, kita harus menjauhkan diri daripada menggunakan bahasa yang kesat.

    Cara yang pertama ialah melalui rancangan-rancangan televisyen. Ramaja kini akan terpengaruhi dengan kata-kata yang kesat yang digunakan oleh pelakon-pelakon ini. Tetapi bidang media ini adalah untuk hiburan bagi remaja sahaja. Mereka tidak sepatutnya mengikuti dan melafazkan kata-kata kesat.

    Cara yang kedua ialah untuk membuat kempen-kempen berbudi bahasa yang boleh memberikan lebih tumpuan kepada remaja-remaja kini. kempen ini juga harus mengajar remaja kini baik buruknya untuk meggunakan kata-kata kesat ini. Remaja harus tahu jika mereka menggunakan kata-kata kesat di tempat awam, mereka akan menconteng arang kepada ibu bapa mereka. Selain itu, mereka juga akan menjejas status mereka sebagai bangsa melayu. Guru sekolah juga boleh memainkan peranan dalam hal ini. Mereka boleh mendenda remaja-remaja sekolah yang menggunakan kata-kata kesat seperti memberitahu ibubapa mereka tenteang perbuatan mereka. Ataupun menyuruh mereka membayar 50sen bagi setiap kata kesat yang digunakan dan menaikkan denda itu ke 1 dolar jika mereka tetap mengunakan kata kesat. Dengan ini remaja boleh membuang tabiat-tabiat mereka untuk mengunakan kata kesat.

    Cara yang terakhir ialah ibu bapa harus mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka sewaktu mereka kecil lagi. Ibu-bapa harus mengawal perbuatan anak-anak mereka supaya tidak berkelakuan atau menggunakan bahasa kesat.
    Sebagai ibu-bapa, ini adalah tanggungjawab mereka untuk mengajar anak yang baik dan yang buruk. Dengan ini remaja akan tahu dan tidak menggunakan kata kesat bila mereka sudah dewasa.

    Komen oleh Muhammad Fareez | Mei 21, 2009 | Balas

  24. Memang remaja pada zaman sekarang tidak mempunyai akhlak yang mulia serta budi perkerti yang sesuai . Mereka tidak berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu ,lebih-lebih lagi memaki hamun apabila bersama kawan atau di tempat awam . Kita harus mempunyai inisiatif dengan nasihatkan mereka supaya tidak berkelakuan begitu. Ini akan menunjukkan kepada orang sekeliling bahawa kita orang yang kurang bermoral lagi mempunyai budi pekerti yang elok.

    Ibu bapa mempunyai peranan yang tinggi bagi mendidik anak mereka. Jika anak mereka bersikap tidak sopan ,suka memaki hamun ,dan sebagainya ,orang lain akan menuding jari kepada ibu bapa mereka. Orang akan mengata ,seperti peribahasa ‘bagaimana acuan ,begitulah kuihnya’.

    Cikgu-cikgu juga mempunyai peranan bagi memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja. Cikgu boleh menegur remaja yang kurang bersopan itu. Jika mereka berdegil juga ,cikgu bolehla menahan mereka selepas sekolah.

    Komen oleh NURULHUDA | Mei 21, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: